Mesti ramai yang tengah layan drama “Good Partner” sekarang kan?
Diterajui Jang Na-ra dan Nam Ji-hyun, “Good Partner” mengisahkan tentang perjuangan antara dua peguam perceraian yang sangat berbeza iaitu Cha Eun-kyung (Jang Na-ra), seorang peguam yang sudah 17 tahun bekerja di Firma Peguam Daejung dan Han Yu-ri (Nam Ji-hyun), seorang peguam yang masih baru di sana.
Baru 3 episod ditayangkan, rating drama itu telah berjaya mencapai dua digit mencecah 10.5%. Kemudian untuk episod ke-4, ratingnya meningkat ke 13.7%, mencipta rekod peribadi baru untuk drama tersebut.

Sementara itu, “Good Partner” juga merupakan drama yang paling banyak ditonton sepanjang minggu.
Memang best drama ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Lakonan Hebat Dipuji, ‘Good Partner’ Raih Rating Tertinggi first appeared on KimchiDaily.my.

