“Lakonan Teruk..” – Netizen Bincang Sebab ‘A Good Day To Be A Dog’ Terus Raih Rating Rendah

Entertainment
19 Oct 2023 • 1:23 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Ada tak yang tengah layan drama “A Good Day to Be a Dog” sekarang?

Bagi yang belum tahu, “A Good Day to Be a Dog” yang diterajui Cha Eun-woo dan Park Gyu-young, adalah drama percintaan antara seorang wanita yang ingin memecahkan sumpahan yang mengubahnya menjadi anjing pada setiap subuh dan seorang lelaki yang takut dengan anjing.

Meskipun sudah 2 episod bersiaran, drama itu nampaknya masih kekal dengan rating rendah dan belum berjaya melepasi 3% dalam rating penonton setakat ini.

image is not available

Bagaimanapun, ada yang memuji bahawa plot drama ini menyeronokkan dan tertanya-tanya sebab ia tidak berjaya menarik perhatian penonton.

Menerusi laman komuniti dalam talian, ada netizen yang meninggalkan komen,

Saya tidak kenal sesiapa dalam drama itu selain Cha Eun-woo..

 

Saya seronok tonton drama itu tetapi saya kecewa kerana hanya satu episod disiarkan setiap minggu.

 

Kedua-dua pelakon utama tiada keserasian.

 

Saya menontonnya tetapi saya tak minat dengan warna dan gaya rambut Park Gyu-young. Lakonan Cha Eun-woo juga hmmm mengeluh.

 

Saya berhenti tonton selepas melihat betapa teruk lakonan pelakonnya.

Hmm, apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.