Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah Ketua Pengarah Maritim Malaysia Yang Ketujuh

LocalPolitics
18 Sep 2024 • 3:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah Ketua Pengarah Maritim Malaysia Yang Ketujuh

Putrajaya, 18 Sept – Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang ketujuh berkuatkuasa semalam.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Haji Mohd Rosli merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia.

Berpengalaman hampir tiga dekad dalam bidang keselamatan maritim, Datuk Haji Mohd Rosli memiliki kepakaran dalam merancang pelaksanaan operasi maritim khususnya dalam menangani isu jenayah rentas sempadan seperti kemasukanPendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludupan dadah dan kontraban serta rompakan di laut.

Antara kejayaan terbesar di bawah kendalian beliau ialah OPS PELANTAR MERAH yang menghasilkan tangkapan berprofil tinggi sekaligus mengurangkan kadar jenayah di sekitar pelantar minyak di perairan negara.

Terbaharu beliau sedang mengetuai perancangan bagi membangunkan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di perairan Sarawak dan Pantai Timur Semenanjung dalam usaha meningkatkan kebolehcapaian radar bagi mengawasi semua jenis pergerakan bot atau kapal mencurigakan di perairan negara khususnya di Laut China Selatan.

image is not available

Merupakan seorang yang komited dalam menjalankan tugas yang diberikan, Datuk Haji Mohd Rosli pernah menyandang pelbagai jawatan penting di Maritim Malaysia termasuk Pengarah Maritim Negeri Selangor, Pengarah Perisikan Maritim Malaysia, Pengarah Perancangan Strategik Maritim Malaysia, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia.

Melalui pelantikan ini, beliau diharap dapat membawa sinergi baharu dalam memperkasakan lagi peranan Maritim Malaysia sebagai agensi utama dalam menguatkuasakan undang-undang serta menyelamat nyawa dan harta bendadi laut demi kesejahteraan perairan negara.