Laksana aktiviti mengikut perlembagaan persatuan: Yusof

24 Oct 2023 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Setiap persatuan yang berdaftar dengan Pendaftar Persatuan (RoS) perlu melaksanakan aktiviti mengikut tujuan persatuan seperti yang terkandung dalam perlembagaan persatuan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Dr Yusof Yacob, berkata fokus utama persatuan adalah untuk menjaga dan memartabatkan ahli serta masyarakat.

Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, ahli-ahli persatuan menyokong dan menyertai persatuan kerana inginkan khidmat serta faedah daripada persatuan itu.

Justeru itu katanya, tanggungjawab utama Presiden atau Yang Dipertua atau Setiausaha persatuan adalah untuk menyusun, mengatur tadbir urus persatuan supaya ada faedah kepada ahli dan masyarakat.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Yusof berkata ketika berucap pada majlis Makan Amal Persatuan Keluarga Keturunan Pahlawan Ontoros @ Antenom (Pusaka) di dewan serbaguna Sipitang.

Teks ucapan beliau disampai Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Sipitang Nurfasiha Masri.

Beliau berkata, di Sabah begitu banyak persatuan-persatuan yang bergerak sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Kita ada ratusan persatuan yang bergerak, setiap persatuan ada AJK atau AMT dan ahli-ahli. Mereka inilah yang perlu bergerak mengikut kehendak perlembagaan masing-masing. “Mereka jugalah yang menjadi penggerak dan ahli pemikir bagi memastikan ahli-ahli serta masyarakat yang terlibat dapat pembelaan,” jelasnya.

Yusof turut mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Pusaka kerana memilih daerah Sipitang sebagai tempat mengadakan aktiviti persatuan.

Aktiviti ini katanya, bukan sahaja dapat memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan atau keluarga Pusaka berkunjung di daerah itu tetapi ia sekali gus menambah kuasa beli di daerah ini.

“Tahniah kepada Pusaka kerana mengadakan program Dialog Profesionalisme (Pendidikan dan Kerjaya). Tahniah kerana telah menerapkan Pendidikan dan Latihan sebagai sebahagian daripada aktiviti persatuan,” katanya.

Beliau berkata, ramai ahli dikalangan belia atau anak muda yang perlu dipandu, dididik dan dibekalkan dengan berbagai ilmu kemahiran yang diperlukan zaman ini.

Melalui persatuan katanya, beliau memang mengharapkan supaya tiada belia tercicir atau terlepas pandang.

“Kita perlu rakyat di negeri ini berilmu dan berkemahiran. Sabah ada segala-galanya untuk kita maju, cuma kita semua mesti kerja kuat dan ada ilmu,” tegasnya.

Katanya, kalau semua pemimpin-pemimpin, pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin-pemimpin NGO ambil peranan masing-masing, pembangunan Sabah boleh dipercepatkan.

“Kita sudah jauh ketinggalan berbanding berbanding Semenanjung, kita juga sudah ketinggalan berbanding rakan kita Sarawak. Oleh itu cara berfikir orang Sabah juga perlu berubah. Kita kena belajar dengan Sarawak,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.