
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya mengambil langkah yang serius berkaitan cadangan yang diberikan semasa Kongres Arah Tuju Kelantan Maju di Putrajaya pada 3 Jun lalu.
"Kita akan bawa cadangan tersebut dan meneliti kesesuaiannya agar ia boleh dilaksanakan dalam konteks negeri Kelantan," katanya menjawab soalan daripada Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (Pas-Kuala Balah).
Cadangan berkenaan dibangkitkan pada Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Ahad.

