Laksanakan badal haji untuk arwah anak

LocalFamily & Parenting
4 Aug 2026 • 6:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Laksanakan badal haji untuk arwah anak

TELUK INTAN – Waris dua remaja, Allahyarham Nur Atikah Abdullah dan Nur Dania Arissa Salim yang meninggal dunia dalam nahas melibatkan tiga kenderaan pada 26 Julai lalu, di Jalan Padang Tembak, di sini ingin melaksanakan badal haji untuk kedua-dua arwah.

Menurut bapa kepada Allahyarham Nur Dania, Salim Husain, 43, bayaran tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) berjumlah RM5,500 tersebut cukup begitu bermakna pada dirinya sekeluarga.

“Saya buat rancangan untuk naik batu (nisan), kenduri (tahlil), laksanakan badal haji (arwah) dengan duit ini. Ini perancangan pertama.

“Sekiranya ada lebih lagi mungkin saya bagi dekat adik dia untuk kegunaan sekolah,” katanya kepada pemberita di Kampung Padang Tembak, di sini hari ini.

Bapa kepada Allahyarham Nur Atikah iaitu Mohd Said Zaini, 55, turut akan menggunakan bayaran tuntutan takaful tersebut untuk melaksanakan badal haji untuk anaknya itu.

“Ikut niat saya nak buat badal haji untuk dia (Allahyarham Nur Atikah) dan lebihnya simpan untuk maknya. Dia manja, suka melawak dengan adik-beradik dan paling bising dalam rumah. Kini, semua itu tiada lagi,” katanya.

Media melaporkan, siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan di depannya. – KOSMO! ONLINE

The post Laksanakan badal haji untuk arwah anak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved