Laku Keras: Sebanyak 2,716 Proton e.MAS 7 Terjual Dalam 4 Bulan

LocalCars
20 May 2025 • 7:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dalam empat bulan, PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, telah menghantar sebanyak 2,716 unit Proton e.MAS 7 kepada para pelanggan di seluruh Malaysia dan pasaran eksport.

Sejak bermulanya penghantaran pada Januari lalu, secara purata satu unit e.MAS 7 telah dimiliki oleh rakyat Malaysia pada setiap jam.

Ia menandakan satu pencapaian yang cukup membanggakan. Dengan 863 unit (termasuk pasaran tempatan dan eksport) berada di atas jalan raya pada bulan April 2025 sahaja,.

SUV elektrik sepenuhnya ini terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju segmen EV, dengan penguasaan pasaran sebanyak 26% di Malaysia untuk empat bulan berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang mendedahkan setiap satu jam, satu unit telah terjual sekali gus membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk melangkah ke arah masa depan mobiliti elektrik bersama Proton e.MAS 7.

"Momentum yang berterusan ini mencerminkan penerimaan rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik sebagai pilihan utama untuk beralih ke mobiliti lestari," katanya.

image is not available

Memandangkan permintaan yang semakin meningkat, PRO-NET terus memperluas jaringan pengecasannya melalui Peta Pengecasan Langsung Bersepadu yang kini mencatat lebih 2,500 titik pengecasan dan meliputi lebih 90% kawasan di seluruh negara.

Semua ini boleh diakses dengan mudah melalui sistem navigasi kereta dan aplikasi Proton e.MAS.

Bagi pemilik e.MAS 7 yang tinggal di kondominium atau pangsapuri, mereka juga tidak perlu risau kerana lebih 1,000 titik pengecasan sudah tersedia di 397 lokasi kediaman seluruh Malaysia.

PRO-NET juga sentiasa bekerjasama dengan pengendali pengecas baru untuk memastikan setiap pemilik e.MAS 7 mudah mencari tempat pengecasan di mana sahaja mereka berada.

image is not available

Pemilik Proton e.MAS 7 boleh menghantar kenderaan mereka untuk servis penyelenggaraan berkala di 24 pusat 3S di seluruh Malaysia, selain terdapat 10 pusat Badan dan Cat .

Untuk maklumat lanjut, ikuti Proton e.MAS di Proton e.MAS di Facebook.