‘Lalok’ Punya Pasal, Penagih ‘Kantoi’ Hisap Dadah Dalam Tandas Balai Polis

11 Aug 2022 • 7:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

‘Lalok’ Punya Pasal, Penagih ‘Kantoi’ Hisap Dadah Dalam Tandas Balai Polis

Seorang penagih dipercayai tengah lalok dilaporkan berani mengambil dadah dalam tandas di sebuah pondok polis di Thailand.

Memetik The Thaiger, salah seorang sukarelawan khidmat masyarakat merakam perbuatan penagih dadah yang tanpa segan silu khayal di premis polis.

Tindakan lelaki berkenaan yang pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini telah menimbulkan pelbagai pertanyaan dan seakan-akan cuba mencabar pihak berkuasa, lapor portal media itu lagi

Melalui hantaran yang dibuat oleh sukarelawan berkenaan, dia juga seakan tidak percaya dengan tindakan lelaki tersebut sambil bertanya kepada netizen penyelesaian yang boleh diambilnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pegawai Polis Tung Kru, Ananchai Kamonrat berkata, pondok polis tersebut merupakan milik Balai Polis Tun Kru dan tandas tersebut akan ditutup kepada orang ramai mulai sekarang untuk mengelak senario yang sama berulang.

Difahamkan, penagih dadah itu dipercayai seorang gelandangan yang digelar Sniper oleh penduduk setempat di kawasan itu. Dia seringkali dilihat berkeliaran di jalan-jalan di Daerah Ratburana dan Tung Kru dalam tempoh masa yang agak lama.

Menurut The Thaiger, tiada sebarang laporan sama ada penagih itu ditahan atau ditawarkan sebarang bantuan rawatan pemulihan dadah selepas kejadian itu.

Sumber: The Thaiger