Laluan 4 Lorong Pan Borneo Di Seksyen Bakun Bahagian Bintulu Dan Miri Bakal Dibuka Jumaat Ini

15 Mar 2023 • 5:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laluan 4 lorong Pan Borneo bakal dibuka Jumaat Ini.

Laluan 4 Lorong Pan Borneo Di Seksyen Bakun Bahagian Bintulu Dan Miri Bakal Dibuka Jumaat Ini. Dilaporkan bahawa, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bakal membuka laluan empat lorong di Lebuh Raya Pan Borneodalam Seksyen Bakun, WPC 10 iaitu Batu 42 hingga Batu 74, dalam bahagian Bintulu dan Miri.

Laluan yang dinyatakan berkenaan (selepas Simpang Labang hingga ke SOP Gelasah), akan dibuka Jumaat ini, bermula jam 10 pagi.

image is not available
Laluan 4 Lorong Pan Borneo Di Seksyen Bakun Bahagian Bintulu Dan Miri Bakal Dibuka Jumaat Ini. Sumber foto: FB Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak

Kerja-kerja pemerikasan hasil kerja

Dalam kenyataan media yang telah dikeluarkan Unit Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak JKR Sarawak pada hari ini berkata, kerja-kerja pemerikasan hasil kerja itu akan dijalankan pada 20 Mac hingga 31 Mac di laluan Miri menghala ke Bintulu tersebut.

Para pemeriksa akan berada di lorong perlahan bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan.

Dalam masa yang sama, pengguna jalan raya dikehendaki mematuhi papan tanda had laju iaitu 50 kilometer sejam (km/j) dan 30km/j di kawasan kerja sepanjang laluan yang dibuka itu.

Lagi berita terkini buat anda di sini: