Laluan Alternatif Baharu Ke Kuching, Netizen Tidak Sabar Jambatan Sejingkat-Samarahan Ini Siap

18 Sep 2024 • 12:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laluan alternatif baharu menjimatkan masa dari sejam lebih kepada 20 minit

Laluan Alternatif Baharu Ke Kuching, Netizen Tidak Sabar Jambatan Sejingkat-Samarahan Ini Siap. Projek pembinaan jambatan baharu yang menghubungkan Sejingkat dan Samarahan kini giat dijalankan, seperti yang tular di media sosial.

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Aizat Azizi, menunjukkan perkembangan terkini projek tersebut, yang bakal memberi kemudahan besar kepada penduduk tempatan.

image is not available
Kredit gambar: FB Aizat Azizi

Jambatan Baharu Bakal Kurangkan Kesesakan Jalan Kuching-Samarahan

Menurut pengguna Facebook tersebut, masa perjalanan dari Sejingkat ke Samarahan yang dahulunya mengambil masa sekitar satu jam dijangka dapat dipendekkan kepada hanya 20 minit setelah jambatan baharu ini siap.

Laluan alternatif ini menawarkan pilihan yang lebih cepat dan efisien bagi pengguna jalan raya, sekaligus mengurangkan kesesakan di laluan sedia ada.

Setakat ini, hanya ada dua laluan alternatif dari Samarahan ke Kuching, iaitu melalui Tabuan dan juga jalan Stakan. Dan baru-baru ini, terdapat dua lagi laluan baharu iaitu Jambatan Sejingkat dan juga Jalan Kampung Muara Tuang ke Stutong.

Baca info terkini mengenai Jalan Kampung Muara Tuang ke Stutong di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved