Laluan Bawah Jambatan Darul Hana Ditutup Sementara, Elak Vandalisme Musical Fountain

25 Jan 2024 • 12:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laluan pejalan kaki bawah Jambatan Darul Hana ditutup

Laluan Bawah Jambatan Darul Hana Ditutup Sementara, Elak Vandalisme Musical Fountain. Laluan pejalan kaki di bawah Jambatan Darul Hana berdekatan Dataran Ibu Pertiwi, ditutup buat sementara kepada orang ramai.

Ia susulan kebimbangan gejala vandalisme menggangu peralatan elektrik dan mekanikal Air Pancut Berirama (Muzikal Fountain).

image is not available
Laluan Bawah Jambatan Darul Hana Ditutup Sementara, Elak Vandalisme Musical Fountain. Smber: Dayak Daily

Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman berkata peralatan untuk air pancut berirama itu adalah sangat sensitif.

“Kita perlu menjaga peralatan dan kemudahan tersebut dengan mengambil pendekatan untuk memagar kawasan terbabit bagi mengelak daripada sebarang perkara yang tidak diingini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelaksanaan Operasi Peka DBKU di premis-premis perniagaan makanan sekitar Metrocity semalam.

Beliau juga telah berbincang dengan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mengenai isu ini dan pihak DBKU akan melihat kemungkinan membuka semula penghujung Jambatan Darul Hana selepas memastikan tapak pancutan air muzikal itu dalam keadaan selamat.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila netizen meluahkan rasa kecewa apabila laluan pejalan kaki di bawah Jambatan Darul Hana berdekatan Dataran Ibu Pertiwi ditutup.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/wanita-maut-dibelasah-suami-di-siburan/

https://www.iloveborneo.my/cikgu-sejarah-tarik-perhatian-tengku-hassanal/