Laluan di Kota Damansara ditutup empat hari sempena program Ekonomi Lestari

LocalBusiness & Finance
19 Nov 2025 • 4:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 NOV: Sebahagian laluan di Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara akan ditutup mulai esok bagi memberi laluan kepada persiapan dan penganjuran program Ekonomi Lestari yang bakal dihadiri Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan penutupan jalan tersebut bermula jam 6 petang esok sehingga 12 tengah malam Isnin (23 November) bagi memastikan kelancaran kerja-kerja persiapan dan perjalanan program.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merujuk panduan visual yang disediakan, mematuhi arahan petugas lalu lintas serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelak kesesakan,” menurut kenyataan MBPJ di Facebook.

image is not available
Penutupan jalan tersebut bermula jam 6 petang esok sehingga 12 tengah malam Isnin (23 November) bagi memastikan kelancaran kerja-kerja persiapan dan perjalanan program. Foto Facebook MBPJ

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dijadual berkenan mencemar duli ke program Ekonomi Lestari @ Car Boot Sale (CBS) Kota Damansara pada Ahad ini dan meluangkan masa bersama rakyat dalam pelbagai pengisian menarik.

Program tersebut bertujuan mempromosikan konsep ekonomi lestari melalui penjualan semula barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik.

Ia sekali gus menjadi platform menjimatkan kepada pembeli, selain menarik minat pengumpul barangan vintaj dan antik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved