Laluan Hubungkan Dua Hutan Atas BKE Singapura Selamatkan Banyak Haiwan Dari Ancaman Jalan Raya

LocalEnvironment
19 May 2025 • 2:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Untuk info ramai, Singapura telah menyediakan jambatan ekologi yang menghubungkan dua kawasan hijau, di mana ia berjaya menyelamatkan banyak haiwan daripada menjadi mangsa jalan raya

Jambatan yang menghubungkan Hutan Simpanan Bukit Timah dan Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah (Central Catchment Nature Reserve) ini telah menyediakan laluan selamat buat haiwan yang tinggal di dua hutan alam semula jadi terbesar di Singapura.

Pengurangan haiwan mati di atas jalan raya

Sejak jambatan tersebut dibina pada tahun 2013, jumlah kematian haiwan di sepanjang Ekspreswe Bukit Timah (BKE) telah berkurang secara drastik.

Sebelum ini, antara 1994 dan Mac 2014, purata dua tenggiling Sunda yang hampir pupus dilanggar kenderaan setiap tahun di kawasan BKE.

image is not available

Selain tenggiling, haiwan lain seperti musang, kera, babi hutan, dan beberapa spesies reptilia turut menjadi mangsa kemalangan jalan raya.

Namun, sejak jambatan tersebut dibuka, kejadian kematian haiwan di jalan raya telah menurun lebih 90 peratus.

Pengarah kumpulan pemuliharaan di Lembaga Taman Negara (NParks), Encik Lim Liang Jim berkata bahawa antara April 2014 hingga April 2023, hanya seekor tenggiling yang terkorban akibat trafik jalan raya di kawasan tersebut.

Membenarkan hidupan liar berkumpul dengan selamat

Dengan wujudnya jambatan tersebut, haiwan-haiwan di kedua-dua hutan tersebut boleh bergerak bebas, berinteraksi semula serta mengurangkan kesan pemecahan habitat.

image is not available

Selain itu, jambatan ini membantu memperkukuhkan ekosistem tempatan, memastikan bahawa populasi haiwan tidak terasing dan dapat berkembang dengan lebih sihat.

image is not available 22 hours ago

Aset Murah Tapi Berkualiti Tinggi, Graduan Perubatan Malaysia Jadi Pilihan Utama Di Singapura

View Original Article