Laluan Kuantan-Segamat berhampiran kawasan burung unta ditutup seminggu

LocalEnvironment
19 Nov 2024 • 11:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laluan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 berhampiran kawasan burung unta di sini akan ditutup sementara kepada semua kenderaan selama seminggu bermula 22 hingga 29 November ini. (Gambar hiasan)

image is not available
Notis penutupan laluan yang dikongsi melalui Facebook JKR Pekan.

PEKAN - Laluan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 berhampiran kawasan burung unta di sini akan ditutup sementara kepada semua kenderaan selama seminggu bermula 22 hingga 29 November ini.

Berdasarkan notis dikeluarkan JKR Pekan, penutupan laluan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih jambatan Bailey di lokasi itu.

Menurut notis tersebut, penutupan bermula jam 9 pagi Jumaat ini.

"Laluan itu akan dibuka sepenuhnya apabila tiada aktiviti kerja di tapak.

"Papan tanda pemberitahuan kerja-kerja pembaikan akan dipasang sebagai maklumat kepada pengguna laluan tersebut," kata kenyataan itu.

Menurut notis itu lagi, pengguna dari Kuantan-Muadzam Shah-Kuantan boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Kuantan-Endau seterusnya Jalan Ibam-Leban Condong.

"Bagi pengguna dari Gambang boleh menggunakan Jalan Kuantan-Segamat sebelum memasuki Jalan Batu Balik-Pekan, Jalan Kuantan-Endau seterusnya Jalan Ibam-Leban Condong," jelasnya.

Sementara itu katanya, semua pengguna diingatkan agar sentiasa peka dengan arahan papan tanda disediakan.

"Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pejabat JKR Daerah Pekan di talian 09-4222040," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved