Laluan Kulai-Sedenak Dilencong Bermula Isnin Ini

25 Oct 2025 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan lencongan jalan secara berperingkat di laluan Kulai–Sedenak bermula Isnin hingga Khamis depan bagi kerja pemasangan rasuk jambatan di bawah Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara–Selatan dari Yong Peng (Utara) ke Senai (Utara).

PLUS berkata, kerja pemasangan itu dijadualkan dijalankan antara KM34.20 hingga KM36.20 arah selatan serta KM32.50 hingga KM34.50 arah utara dari jam 10 malam hingga 5 pagi.

"Sepanjang tempoh berkenaan, trafik akan dilencongkan ke laluan paling kanan bagi mewujudkan zon kerja selamat serta meminimumkan gangguan kepada pengguna lebuh raya," katanya.

Sehubungan itu, PLUS turut menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini, selain mematuhi semua papan tanda dan arahan petugas di lokasi kerja.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved