Laluan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa Pertama Akan Dibuka Sepenuhnya

9 Apr 2024 • 7:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laluan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa Pertama Akan Dibuka Sepenuhnya Pada Suku Kedua Tahun Ini

Laluan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa Pertama Akan Dibuka Sepenuhnya. Menurut Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, fasa pertama projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sarawak akan dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini. Beliau memaklumkan bahawa kemajuan kerja projek ini telah mencapai 99 peratus setakat ini.

“Fasa pertama LPB Sarawak dijangka akan dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, kecuali bagi bahagian Lambir (di bawah pakej kerja 11) di Miri yang perlu direka semula dan dijangka siap pada tahun 2026,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Laluan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa Pertama Akan Dibuka Sepenuhnya

Fasa pertama pembinaan LPB Sarawak melibatkan jarak keseluruhan sejauh 706 kilometer (km) dari Telok Melano hingga ke Miri.

Sementara itu, Nanta berkata bahawa satu mesyuarat telah diadakan di antara kementerian beliau dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak semalam, yang membincangkan isu-isu berkaitan dengan penyelenggaraan jalan-jalan negeri dan persekutuan di Sarawak, terutamanya yang melibatkan penjajaran semula garisan (redline).

Beliau menjelaskan bahawa garisan redline merujuk kepada laluan asal yang dibina sebelum pembinaan LPB.

“Di Sarawak, penjajaran garisan redline melibatkan kawasan Kuching, Serian, Sibu, Bintulu, Julau dan Miri. Piawaian laluan redline yang dibina sebelum ini berbeza dengan LPB dan kualiti laluan redline ini perlu dinaik taraf.

“Fasa pertama LPB Sarawak melibatkan jarak sejauh 786km, tetapi terdapat penjajaran jalan sepanjang 136.7km yang tidak termasuk dalam pembinaan LPB dan kini berada dalam keadaan yang buruk. Beberapa model penyelesaian telah dicadangkan dalam mesyuarat tersebut, dan semua cadangan ini akan dikaji secara terperinci,” katanya lagi.

Baca juga artikel berkaitan di bawah: