Laluan MRT Putrajaya kembali beroperasi seperti biasa – Rapid KL

26 Sep 2025 • 6:00 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren di Laluan Putrajaya kini kembali beroperasi seperti biasa bermula jam 1.15 tengah hari selepas mengalami gangguan teknikal pagi tadi.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), pengendali rel Rapid KL, dalam kenyataan memaklumkan gangguan berlaku sekitar jam 11.41 pagi di Stesen UPM sebelum berjaya diselesaikan oleh pasukan teknikal.

“Pasukan operasi Rapid Rail terus menjalankan pemantauan rapi bagi memastikan kestabilan perkhidmatan dan kelancaran perjalanan penumpang di sepanjang laluan,” menurut kenyataan itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, anggota polis bantuan serta petugas stesen masih ditempatkan di platform dan ruang legar untuk membantu penumpang sekiranya diperlukan.

Rapid Rail turut menasihati penumpang agar merujuk laman sosial rasmi Rapid KL bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung perkhidmatan.

Syarikat itu juga merakamkan penghargaan atas kesabaran penumpang sepanjang tempoh gangguan selain memohon maaf atas kesulitan yang dialami.