Laluan pejalan kaki hubungkan Stesen LRT3 Dato' Menteri ke Plaza Alam Sentral siap tahun ini

30 Jun 2026 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Laluan pejalan kaki hubungkan Stesen LRT3 Dato' Menteri ke Plaza Alam Sentral siap tahun ini

SHAH ALAM, 30 JUN: Stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Dato' Menteri bakal dihubungkan terus ke Plaza Alam Sentral menerusi pembinaan laluan pejalan kaki yang dijangka siap sepenuhnya tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) TPr Nurul Sheema Abd Rahman berkata laluan itu akan melengkapkan kemudahan pejalan kaki berbumbung sepanjang 200 meter yang telah dibina di kedua-dua bahu Persiaran Dato' Menteri bermula dari stesen berkenaan.

"Pembinaan sambungan laluan itu sedang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi projek rejuvenasi SA Sentral, membabitkan laluan mikromobiliti sepanjang kira-kira 700 meter yang menghubungkan Plaza Alam Sentral dengan Stesen LRT3 Dato' Menteri merentasi Laluan Aneka.

"Apabila siap, pengguna LRT akan menikmati akses pejalan kaki yang lebih selamat, selesa dan bersambung antara stesen dengan kawasan tumpuan di pusat bandar Seksyen 14, termasuk Plaza Alam Sentral," katanya kepada Media Selangor.

Image from: Laluan pejalan kaki hubungkan Stesen LRT3 Dato' Menteri ke Plaza Alam Sentral siap tahun ini
Laluan pejalan kaki dari Aneka Walk ke Stesen LRT3 Dato’ Menteri di Seksyen 14, Shah Alam masih dalam pembinaan ketika tinjauan Media Selanggor pada 30 Jun 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, tinjauan Media Selangor di Stesen LRT3 Dato' Menteri hari ini mendapati laluan pejalan kaki menuju ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam City Centre (SACC) dan Kompleks PKNS masih dalam pembinaan.

Keadaan itu menyebabkan pengguna terpaksa berjalan di bahu jalan untuk menuju ke destinasi berkenaan.

Selain menyukarkan pergerakan, keadaan itu turut mengundang risiko keselamatan kepada pejalan kaki yang berulang-alik menggunakan stesen berkenaan.

Image from: Laluan pejalan kaki hubungkan Stesen LRT3 Dato' Menteri ke Plaza Alam Sentral siap tahun ini
Pengguna terpaksa berjalan di bahu jalan berikutan laluan pejalan kaki menuju ke Stesen LRT3 Dato' Menteri di Seksyen 14, Shah Alam masih dalam pembinaan. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

EXCO Mobiliti, Ng Sze Han sebelum ini sudah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuat laluan pejalan kaki yang selamat dan selesa bagi menghubungkan kawasan sekitar dengan stesen pengangkutan awam.

Beliau berkata arahan itu melibatkan semua PBT di Selangor, bukan hanya di sepanjang jajaran LRT3, bagi mengatasi isu jurang hubungan (missing link) ke kemudahan pengangkutan awam.

Isu laluan pejalan kaki ke beberapa stesen LRT3 sebelum ini mendapat perhatian selepas pengguna media sosial berkongsi keadaan akses yang didakwa masih belum mesra pejalan kaki dan kurang selamat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved