Laluan pejalan kaki tidak selamat di Beverly Hill Plaza

LocalPolitics
23 Dec 2025 • 4:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Seorang bekas Ahli Majlis Daerah Penampang menimbangkan untuk menyaman Majlis Perbandaran selepas terjatuh dan cedera apabila kakinya tersepit dalam penutup longkang tidak ditutup dengan cermat dalam kejadian di Beverly Hill Plaza.

Ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 68 tahun itu berkata kejadian berlaku pada waktu senja, Sabtu lalu apabila kaki kanannya tergelincir masuk ke dalam perangkap longkang.

Walaupun perangkap itu mempunyai penutup namun ia tidak dipasang dengan betul. Kakinya terperosok kira-kira dua setengah kaki ke dalam longkang itu namun mujur beliau berjaya menstabilkan diri bagi mengelakkan kecederaan lebih serius.

Beliau berkata ketika kejadian dirinya memijak perangkap longkang berkenaan untuk mengelak air bertakung di sebelahnya.

Akibat terjatuh beliau mengalami sakit-sakit badan terutama pada kaki kanan yang lebam di sepanjang anggota tersebut.

Beliau kemudianya membuat laporan polis dan berkata perkara itu melibatkan keselamatan awam serta sepatutnya ditangani sebagai isu segera oleh pihak Majlis.

“Ini adalah tempat awam. Tiada siapa akan menjangkakan penutup itu rapuh.

“Saya memijaknya sebagaimana orang lain akan lakukan secara semula jadi. Ia adalah pengalaman yang mengerikan apabila terdedah kepada kotoran dan bau dari perangkap longkang itu,” katanya kini menuntut pampasan liabiliti awam terhadap Majlis Perbandaran Penampang (PMC).

Katanya beliau tidak dapat membayangkan apa yang mungkin berlaku sekiranya beliau benar-benar hilang imbangan.

“Bagaimana jika saya kehilangan nyawa? Ini adalah tanggungjawab PMC dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayan,” katanya.

Beliau mendakwa semasa tempoh perkhidmatanya dahulu ahli majlis sentiasa diingatkan bahawa semua tempat awam mesti dipastikan selamat untuk semua orang.

“Majlis Daerah telah dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran. Mengapa perkara asas seperti ini masih tidak dipatuhi?” soalnya.

Beliau kini meneruskan tuntutan berhubung pengalaman pahit yang dialaminya.

View Original Article