Laluan pengangkutan laut Tanjung Silopo - Lahad Datu beri impak positif

21 Dec 2023 • 12:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Pembukaan laluan pengangkutan laut dari Pelabuhan Tanjung Silopo, Sulawesi Barat, Indonesia ke Lahad Datu memberi impak positif kepada kedua-dua negara.

Pegawai Daerahnya Firuz Idzualdeen Mohd Dzul berkata kerajaan Malaysia telah meluluskan tempoh percubaan selama enam bulan bagi pelayaran KM Cattleya Express dari Pelabuhan Tanjung Silopo ke Lahad Datu.

Beliau berkata jika pelayaran itu mendapat sambutan yang baik dan memberi impak positif kepada kedua-dua pihak, kerajaan Malaysia akan mempertimbangkan untuk melanjutkan pelayaran itu sehingga ke satu masa yang akan ditentukan kemudian.

“Buat masa ini, kekerapan pelayaran ini adalah dua kali sebulan tertakluk kepada jadual yang ditetapkan pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Dengan adanya pelayaran ini, ia membolehkan pelancong yang ingin datang ke Sabah atau rakyat Malaysia yang ingin ke Indonesia menggunakan perkhidmatan feri,” katanya.

Firuz berkata demikian ketika mengalu-alukan delegasi pertama pelayaran di Pelabuhan Sabah, Rabu.

Pelayaran sulung ini disertai 93 delegasi diketuai Bupati Polewali Mandar di Sulawesi Tengah, Andi Ibrahim Masdar tiba di Jeti Pelabuhan Sabah kira-kira jam 8 pagi.

Dalam pada itu, Firuz berkata pejabat daerah telah menubuhkan jawatankuasa sebagai persediaan menghadapi peningkatan kes Covid-19.

Katanya, langkah berjaga-jaga dilaksanakan di semua peringkat termasuk pemantauan setiap ketibaan pelayaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, beliau berkata mereka akan memaklumkan sebarang Prosedur Operasi Standard (SOP) selepas ia ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Andi Ibrahim berkata pelayaran ini adalah hasil usaha kedua-dua pihak selama enam tahun.

Pelayaran ini, katanya, mendapat sambutan hangat warga Indonesia yang mempunyai keluarga yang bekerja di Sabah.

“Dengan pelayaran ini, keluarga di Indonesia boleh datang bertemu keluarga di sini. Ini juga akan mengeratkan hubungan Indonesia dan Malaysia,” katanya.

Andi Ibrahim turut melahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelayaran ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.