‘Lama fikir nama anak lelaki kami’, Aali Mateen pilihan Ayda Jebat & Nabil Mahir

Entertainment
19 Dec 2023 • 1:54 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

‘Lama fikir nama anak lelaki kami’, Aali Mateen pilihan Ayda Jebat & Nabil Mahir

PASANGAN selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir memilih nama Aali Mateen untuk cahaya mata lelakinya yang dilahirkan pada 12 Disember lalu.

Ayda berkata, dia dan suaminya mengambil waktu yang lama untuk memilih nama itu.

“Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil.

“Lama juga memikirkan nama anak lelaki kami ini. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyayangi ibu dan ayahmu.

“Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua,” tulisnya.

Menerusi posting terbaru di Instagram, Ayda juga berkongsi wajah comel Aali di bahagian hidung dan mulut untuk tatapan peminatnya.

image is not available

 

Malah ibu muda itu juga sudah mencipta akaun peribadi Aali yang kini sudah memiliki hampir 1000 pengikut.

Ayda terdahulu berkongsi akan bersalin secara pembedahan caesarean dan tarikh tersebut perlu dipercepatkan daripada tarikh jangkaan asal.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu hanya mendedahkan kehamilannya secara rasmi kepada umum Julai lalu ketika kandungannya berusia lima bulan.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!