Lama Menduda, Bila Bercinta Semula Habis Duit KWSP Kena Rembat Dengan Kekasih!

13 Jul 2024 • 2:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kekasih

Seorang duda mengalami tekanan perasaan selepas ditipu kekasih yang dipercayai sindiket love scam. Kisah dialami lelaki tersebut diceritakan seorang perawat Islam ketika mengubati penyakitnya baru-baru ini.

Lelaki tersebut dipercayai terpedaya dengan pujukan yang memintanya memindahkan kesemua duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke akaun kekasih.

Kekasihnya memberi alasan akan menguruskan kewangan keluarga menggunakan duit itu selepas mereka berkahwin kelak.

image is not available

Tetapi selepas wang dipindahkan, kekasih dipercayai melarikan diri dan tak dapat dihubungi. Dalam masa sehari je terus lesap wang titik peluh selama ini!

Sekarang tekanan perasaan setiap bulan jumpa psikiatri. Makan ubat penenang memikirkan nasib selepas pencen dengan duit habuk 1 sen tak ada. Hati-hati semua.

Terlalu tertekan akibat ditipu, lelaki tersebut dipercayai perlu mendapatkan rawatan di psikiatri dan kini berikhtiar dengan cara perubatan Islam.

image is not available

Jap!