Lama Menyepi, Genius Matematik Adi Putra Kini Dah Bertunang, Ceburi Bidang IT

9 Aug 2023 • 2:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Satu ketika dahulu, Adi Putra yang merupakan genius Matematik Malaysia pernah menjadi tumpuan ramai kerana mampu menyelesaikan pelbagai soalan dengan mudah.

Seawal usia enam tahun, Adi Putra yang memiliki kepintaran luar biasa banyak kali muncul dalam program TV dan surat khabar.

Terbaru, seorang individu dipercayai tunangnya memaklumkan Adi Putra berada dalam keadaan baik dan tidak aktif di media sosial.

image is not available

Tambahnya lagi, Adi kini bekerja dalam bidang berkenaan IT dan masih meneruskan kelas Matematik namun tidak sekerap dahulu.

image is not available

Perkongsian mengenai perkembangan terkini Adi Putra ini mendapat reaksi positif daripada netizen. Mereka teruja mendapat tahu dia kini sudah bertunang dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Tak kurang juga yang menceritakan pengalaman sewaktu kecil di mana mereka dipaksa menonton video penyelesaian Matematik Adi Putra.

Kredit: Twitter heytheresara_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.