Lama tak muncul, Ira Kazar kongsi video bermain dengan anak kecil

Entertainment
7 Jun 2024 • 2:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selepas hampir setahun menghilang dari media sosial, pelakon Ira Kazar kongsi video yang kini sedang menjadi bualan hangat warga maya.

Menerusi satu perkongsian di InstaStory, Ira telah memuat naik satu video memaparkan tangkap layar aktres itu bersama seorang anak kecil.

Ira Kazar kongsi video bersama anak kecil

Video pendek itu memaparkan wajah Ira yang kelihatan berseri selain badannya yang kelihatan sedikit berisi berbanding sebelum ini.

Selain itu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu juga kelihatan ceria dan tersenyum sambil bermain dengan anak kecil itu.

Bagaimanapun, Ira tidak meletakkan apa-apa penjelasan atau kapsyen pada video tersebut berkenaan siapakah anak kecil yang bersamanya di dalam video tersebut.

Terdahulu, tular dakwaan Ira sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya bersama Syamsul namun sehingga kini masih belum ada penjelasan dari pihak aktres itu.

Lama menghilang, Ira Kazar kongsi video bersama anak

image is not available

Malah ada juga dakwaan Syamsul yang juga merupakan pelakon itu mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan isterinya itu.

Terdahulu, Ira pernah terpalit dalam kontroversi berkenaan perkahwinannya bersama Syamsul selepas bekas isteri suaminya, Puteri Sarah Liyana menuduh dia merampas aktor itu.

Menurut Puteri Sarah, Syamsul telah mengadakan hubungan dengan Ira tersebut sebelum dia melahirkan anak kedua mereka pada 2019.

image is not available

Tidak lama kemudian, Syamsul mengesahkan dia telah berkahwin dengan Ira di Thailand pada 6 Januari 2023 dan didaftarkan di Malaysia pada 20 Januari 2023.

Syamsul turut menyangkal dakwaan Puteri Sarah yang mengatakan aktor itu telah melakukan hubungan luar pernikahan bersama Ira.

Aktor itu kemudian memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah dia mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang.

Ira Kazar kongsi video di Instagram

image is not available

Foto: Harian Metro

Selain itu, dia turut mendakwa Puteri Sarah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2022, engggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana dan dikurniakan dua cahaya mata namun pasangan itu telah bercerai pada Jun 2023.

Sumber: Instagram Ira Kazar