Lama tak nampak, netizen puji Ira Kazar makin cantik -“Macam Deepika Padukone”

Entertainment
10 Jul 2024 • 4:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, netizen puji Ira kazar makin cantik selepas tular sebuah foto dikongsikan oleh ahli keluarganya.

Menerusi perkongsian bekas menantu pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Wiwie Darvienda Mazweena di TikTok, dilhat Ira sedang duduk bermain telefon bimbit.

image is not available

Eh, ada Ira Kazar!

Dalam video itu, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat sedang menziarahi ahli keluarga di sebuah lokasi tidak dinyatakan.

Namun apa yang mencuri pehatian netizen adalah wajah Ira yang dikatakan semakin cantik dan berseri-seri.

Ira yang mengenakan tudung berwarna hitam dan dipandankan dengaan kemeja putih sempat mengukir senyuman di bibir.

“Mak Teh datang dengan Dibuu. Terima kasih melawat Rafa,”tulisnya ringkas.

image is not available

Doakan Ira mengandung, jadi ibu

Sementara itu, pemilik akaun berkenaan meminta orang ramai mendoakan isteri kepada pengarah Syamsul Yusof dikurniakan cahaya mata.

“Alhamdulillah, doakan rezeki dia (Ira) mengandung dan jadi ibu,”katanya selepas disoal netizen di ruangan komen.

Netizen puji Ira Kazar makin cantik

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di mana warganet memuji dan mengakui Ira Kazar semakin cantik.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan Ira kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial.

Bagaimanapun, sehingga kini pasangan itu masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.

Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023.

Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 6 tahun.

Sumber: TikTok @wiwiedarvienda