Seminggu lalu kami laporan laman jual beli NFT tempatan Pentas.IO tergendala menyebabkan koleksi digital serta laman jual beli NFT tidak boleh diakses. Pihak Pentas mengatakan gangguan berlaku pada 18 Ogos dan berterusan sehingga ke hari ini. Hari ini kami menerima pengesahan bahawa laman akan kembali beroperasi bermula September atau selewat-lewatnya Oktober depan.

Gangguan adalah disebabkan isu dengan sistem bahagian-belakang dan juga hos yang menelan kos yang tinggi. Oleh sebab itu lama kini diletakkan dalam mod baik pulih dengan pembangun sedang merancang untuk melakukan kemas kini dan juga menaik taraf antaramuka laman.
Tarikh untuk laman kembali beroperasi adalah selari dengan susur masa yang pemberian dana untuk program Digital Asset Onboarding yang dianjurkan oleh Pentas dengan kerjasama MDEC yang sudah tertangguh beberapa kali.
Permintaan untuk NFT sudah semakin berkurangan berbanding kemuncak pada awal 2021. Pada waktu tersebut Pentas menjadi tempa NFT Rusuk Emas oleh SueAnnaJoe berjaya dijual dengan nilai 22BNB iaitu sekitar RM52,000 mengikut kadar tukaran ketika itu.

