Laman Sesawang Saluran Media Korea Utara Alami Gangguan ‘Misteri’

22 Mar 2023 • 10:49 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Agak mengerikan...

Laman Sesawang Saluran Media Korea Utara Alami Gangguan ‘Misteri’. Laman web beberapa organisasi utama Korea Utara, termasuk saluran media kerajaan dan kementerian luar, tidak boleh diakses atas sebab yang tidak diketahui. Difahamkan, kejadian belaku pada pagi Selasa.

Menurut Agensi Berita Yonhap, pautan ke nama domain Korea Utara yang berakhir dengan “.kp,” seperti Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) dan akhbar utama Rodong Sinmun, tidak dapat diakses setakat 9 pagi semalam.

image is not available
Gambar hiasan. Kredit: Google

Bahkan, ia agak mengerikan kerana punca sebenar masalah itu belum dapat disahkan setakat ini.

image is not available
Gambar hiasan. Kredit: Paragrafnews

Pernah berlaku sebelum ini

Untuk makluman, hal ini juga pernah berlaku pada Januari 2022, dilaporkan bahawa laman web utama Korea Utara telah mengalami masalah yang sama dan dipercayai berpunca daripada serangan “penafian perkhidmatan”.

Malah, menurut laporan, kejadian sebelum ini berlaku selama kira-kira enam jam.

Baca juga kisah berkaitan dengan laman sesawang dan Korea Utara: