Laman Web Maybank2U Dan MAE Mengalami Gangguan Teknikal Untuk Diakses

TechnologyDigital
27 Nov 2023 • 4:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank kini melalui media sosial memaklumkan kepada pengguna, menyatakan terdapat gangguan sementara untuk mengakses laman web Maybank2U dan aplikasi MAE.

Pihak Maybank menyatakan mereka dalam proses untuk memulihkan isu ini agar perkhidmatan dapat digunakan seperti biasa kembali secepat mungkin.

Bagi pengguna Maybank, mungkin boleh mencuba beberapa kaedah alternatif sementara menantikan perkhidmatan mereka kembali beroperasi seperti sedia kala kembali.