Lamborghini Berasap Tepi Jalan, Syamsul Yusof Nampak Serabut – “Teguran Dari Yang Maha Esa..”

12 Jun 2023 • 1:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di laman TikTok video memaparkan pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof yang sedang menghadapi detik cemas.

Menerusi video tersebut, Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof dilihat keluar dari kereta mewah jenis Lamborghini miliknya yang tiba-tiba beradap di tepi jalan.

Bukan itu sahaja, pengarah berusia 39 tahun itu cuba untuk memeriksa keadaan kereta berwarna emas itu dengan sepuntung rokok di mulutnya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sekitar kawasan ibu kota di Kuala Lumpur, pada Ahad malam.

Bagaimanapun, sehingga kini punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang mendoakan agar ususan pengarah filem Mat Kilau itu dipermudahkan.

image is not available

Namun, ada juga segelintir pihak yang mengatakan insiden tersebut merupakan karma ke atas dirinya dan perbuatan yang dilakukannya sebelum ini terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana dan ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Matang Sikit, Pi Ngadu Depan Sejadah" - Leona Perlukan Terapi, Netizen Nasihat Dekati Tuhan