
Lambretta Malaysia memasuki 2026 dengan hala tuju yang jelas dan penuh keyakinan, selari dengan momentum kukuh yang dibina sejak penjenamaan semula rasminya di pasaran tempatan pada Julai 2024. Dalam tempoh singkat, jenama ikonik Itali ini berjaya mencuri perhatian peminat skuter menerusi gabungan reka bentuk klasik, sentuhan moden dan nilai warisan yang kuat, sekali gus mencatat jualan yang jauh mengatasi jangkaan awal.
Kejayaan model seperti G-Special dan siri X menjadi bukti penerimaan pasaran yang semakin matang terhadap segmen skuter premium. Permintaan bukan sahaja datang daripada pengguna harian, malah melibatkan penunggang gaya hidup dan kolektor yang melihat Lambretta sebagai simbol identiti dan ekspresi diri.
Bagi meneruskan pertumbuhan ini, Lambretta Malaysia merancang pelancaran antara dua hingga lima model baharu sepanjang 2026. Barisan baharu ini dijangka tampil dengan teknologi terkini, prestasi dipertingkat dan kekal setia kepada DNA retro-moden Lambretta.
Dalam masa sama, rangkaian pengedar dan pusat servis akan diperluaskan kepada 15 hingga 20 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk negeri-negeri pantai timur dan utara. Langkah ini bertujuan memastikan akses jualan, servis selepas jualan dan sokongan komuniti yang lebih menyeluruh.
2026 turut menyaksikan pengenalan barisan barangan rasmi Lambretta serta pengukuhan aktiviti komuniti menerusi konvoi, program rentas sempadan ASEAN dan acara khas pemilik. Kemuncak tahun ini bakal tercipta di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang pada 11 Januari, apabila Lambretta Malaysia menyasarkan rekod ASEAN dan Asia sempena Casa Lambretta Malaysia Launch dan Lambrettista Mega Gathering, satu perayaan besar yang meraikan warisan, komuniti dan masa depan Lambretta.
Teruskan bersama Two Wheels..!



![[LIVE] Piala Malaysia 2025-2026: Jadual Perlawanan & Keputusan](https://cdn.newswav.com/img/topic/football.jpeg)