Lampard harap penutup positif di Stamford Bridge

Football
27 May 2023 • 1:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lampard. - Foto EPA

FRANK Lampard berharap dapat menamatkan aksi terakhir Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri menentang Newcastle United pada Ahad dengan penutup yang positif.

Meskipun tidak mampu mengubah nasib The Blues, namun kemenangan mampu mengembirakannya biarpun sedar tugas berat untuk menentang pasukan di tangga keempat liga itu.

“Saya tidak mahu kelihatan seperti kasar tetapi saya tidak fikir ia seperti satu ucapan selamat tinggal.

“Lebih daripada segala-galanya, saya mahu berikan kepada mereka satu prestasi (baik) untuk dibawa ke musim depan dan merasakan sedikit positif mengenainya,” katanya.

Lampard mengalas tugas selaku pengendali sementara pada April lalu namun gagal, susulan musim penuh berliku dihadapi Chelsea yang ketika ini menghuni tangga ke-12 liga.

Kelab dari London itu tewas lapan daripada 10 perlawanan di bawah kendalian Lampard dan akan menamatkan musim ini tanpa trofi meskipun pemilik baharu dari Amerika Syarikat (AS) memperuntukkan dana besar bagi mendapatkan pemain baharu.

Pertemuan di Stamford Bridge mungkin yang terakhir buat Lampard, venue yang mempunyai seribu satu kenangan baik sebagai pemain dan pengurus kelab.

“Saya menghargainya, semakin hampir ke penghujung musim dan mengakhiri masa saya. Namun normalnya apabila kamu meninggalkan kelab, kamu tidak mempunyai 'sorakan gembira' sebagai seorang pengurus.

“Saya agak tenang dan tidak begitu bernostalgia tetapi apa yang pasti hargailah apa yang peminat berikan pada Ahad nanti,” katanya.

Chelsea dilaporkan sudah memuktamadkan persetujuan mengikat bekas pengurus Tottenham Hotspur dan Paris St Germain, Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu The Blues musim depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved