Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus

LocalTechnology
5 Oct 2025 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu, dengan pematuhan terhadap standard Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sepenuhnya.

Pelancaran Projek Di Pusat Kejuruteraan Automotif UMPSA

Majlis pelancaran berlangsung di Pusat Kejuruteraan Automotif UMPSA di Pekan, di mana tiga unit pengecas EV sudah dipasang dan beroperasi. Turut hadir mewakili UMPSA ialah Naib Canselor Profesor Dr. Yatimah Binti Alias, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Profesor Ts. Dr. Aida Binti Mustapha dan Pengarah Pusat Kejuruteraan Automotif Ts. Muhammad Ikram Bin Mohd Rashid.

Pengecas Buatan Tempatan Yang Canggih

image is not available

Pengecas ini dibangunkan sendiri oleh pasukan kejuruteraan UMPSA dan dipasang secara tempatan. Ia mempunyai kuasa standard 7kW dengan pilihan konfigurasi sehingga 22kW mengikut keperluan lokasi.

image is not available

Pengguna boleh mengakses pengecas melalui aplikasi EVlution yang membolehkan tempahan sehingga 15 minit sebelum tiba. Caj pengecasan ditetapkan pada kadar rata RM5 setiap sesi, tanpa mengira jumlah tenaga yang digunakan. Setakat ini, tiada had masa pengecasan atau caj idle dikenakan di UMPSA.

Kerjasama Antara Universiti & Kerajaan Negeri

image is not available

Selain pelancaran pengecas ini, EV Plus turut akan bekerjasama dengan 100 universiti lain di seluruh negara untuk menyokong pembangunan penyelidikan, latihan dan inovasi dalam industri mobiliti bebas emisi. Usahasama dengan UMPSA juga dijadikan model terbaik sebagai penghubung antara akademia dan industri.

image is not available

Dalam masa yang sama, EV Plus giat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menukarkan lampu jalan sedia ada menjadi stesen pengecas EV. Sasaran syarikat ialah mewujudkan 1,000 unit pengecas pada tiang lampu di seluruh negara menjelang tahun depan.

EV Plus: Pengendali Stesen Pengecas Berlesen Malaysia

Sebagai salah satu daripada 15 pengendali stesen pengecas berlesen di Malaysia, EV Plus melihat inisiatif ini sebagai langkah pertama transformasi infrastruktur harian menjadi solusi pengecasan pintar dan mesra alam.

View Original Article