
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan meningkatkan usaha untuk memeriksa lampu jalan yang memberikan perkhidmatan antara Kolombong dan Inanam, serta di kawasan yang menghubungkan dua kejiranan di Luyang, bagi memastikan kawasan ini diterangi dengan baik pada malam.
Langkah ini diambil susulan maklum balas daripada beberapa pemandu mengenai keadaan memandu pada waktu malam yang kurang memuaskan di Jalan Tuaran, Jalan Inanam Baru, Jalan Mangga, Jalan Kebajikan, dan Lorong Hilltop 1.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mereka memberikan maklumat berkaitan kebimbangan mereka kepada Hotline. Maklumat ini kemudiannya dikemukakan kepada agensi terbabit. PASUKAN lampu jalan sedang menangani tiang yang tumbang di Jalan Inanam Baru.
Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata kontraktor elektriknya sudah dimaklumkan mengenai masalah lampu jalan di jalan-jalan terjejas.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, pekerja kontraktor itu membaikpulih peralatan berkaitan di beberapa bahagian sepanjang 2.82 kilometer di Jalan Tuaran antara jejambat Batu 5½ dan Pusat Komersial Hiong Tiong.
“Juruteknok ini menggantikan fius terputus dan kabel berhampiran bangunan Khong Guan yang kemungkinan besar rosak akibat pusuan kuasa,” katanya. KAKITANGAN kontraktor menggantikan komponen rosak dalam panel kawalan di pembahagi jalan dekat Pusat Hiong Tiong.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Di Pusat Komersial Hiong Tiong, mereka membaiki beberapa kontaktor dan Miniature Circuit Breaker (MCB) dalam panel kawalan lampu di pembahagi jalan.” Jelasnya, “kontaktor” adalah sejenis suis yang digunakan untuk membuka dan menutup litar elektrik secara berulang kali.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});MCB pula berfungsi untuk mencegah bahaya elektrik dengan mengesan dan memutuskan arus tidak normal serta litar pintas.
Jurucakap itu juga berkata kontraktor turut membaiki tiang lampu di sepanjang Jalan Inanam Baru yang tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat.
“Selepas tiang-tiang ini didirikan semula, pekerjanya memeriksa keadaan lampu pada setiap tiang.
“Mana-mana lampu yang tidak menyala diganti segera, dengan menggunakan ‘sky-master’ untuk memudahkan proses tersebut,” katanya.
Jalan itu meliputi jarak kira-kira 341 meter dari hujung ke hujung. Juruteknik menangani kontaktor tersekat yang menyebabkan lampu di Lorong Hilltop tidak berfungsi.
Selain itu, jurucakap itu berkata pasukan lampu jalan turut menangani masalah “lintar pintas” yang menyebabkan lampu di Jalan Mangga, Kolombong, tidak berfungsi pada waktu yang sama.
“Pencahayaan dipulihkan di sepanjang 425 meter jalan antara dua bulatan trafik di sini selepas pembaikan dilakukan.”
Untuk kes di Jalan Kebajikan antara simpang Jalan Sang Kancil dan Jalan Kolam, jurucakap itu berkata kontraktor mendapati lima lampu “meletup”.
“Dia menggantikan lampu-lampu itu tetapi mengesyaki kerosakan ini mungkin menjadi punca lampu-lampu lain berfungsi sekejap-sekejap.”
Katanya, juruteknik itu memantau satu bahagian antara dua simpang berkenaan selama beberapa bulan.
Dua simpang terbabit berjarak kira-kira 590 meter antara satu sama lain. TINDAKAN diambil untuk menggantikan mentol rosak bagi lampu di Jalan Kebajikan.
Jurucakap itu berkata semakan rekodnya menunjukkan tiga lampu di sepanjang jalan itu mengalami kerosakan pada Oktober.
“Salah satu kabel yang memberikan perkhidmatam pada lampu di cerun dekat persimpangan Jalan Sang Kancil didapati terputus sebulan sebelumnya.”
Pada Julai, DBKK meminta bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk menangani masalah lampu di Jalan Kebajikan, menurutnya.
“Seorang pemilik rumah di Taman Lumaku memaklumkan kami pada masa itu bahagian jalan antara persimpangan dalam keadaan gelap selama beberapa minggu.
“Kakitangan kontraktor beranggapan terdapat kerosakan pada sistem elektrik yang menjadi punca masalah ini.”
Katanya, kecurigaan mereka disahkan apabila juruteknik SESB memeriksa pepasangan syarikat di kawasan terbabit.
“Kami dimaklumkan bahawa wayar neutral fasa tunggal, tidak jauh dari kampung warisan Muzium Negeri, terputus dua atas sebab tertentu.”
Jurucakap itu berkata lampu-lampu antara dua persimpangan itu kembali berfungsi selepas kakitangan SESB menggantikan kabel yang rosak.
Sebelum ini, masalah pemasa untuk beberapa lampu menjadi punca kerosakan pada minggu pertama Mei, menurutnya. Dia mengesyaki alat itu mungkin rosak akibat pusuan kuasa.
“Sensor yang rosak diganti dan pemasa ditetapkan semula tidak lama selepas kami menyedari masalah pencahayaan ini.”
Dia berkata pada masa itu, “fius terbakar” juga menyebabkan lampu tidak berfungsi di bahagian lain jalan yang sama.
Bagi Lorong Hilltop 1, jelasnya, komponen rosak dalam panel kawalan lampu menyebabkan jalan sepanjang 186.4 meter itu tidak diterangi untuk beberapa waktu.
“Juruteknik kami mendapati salah satu kontaktor telah tersekat dan menggantikannya di tempat kejadian.
“Mereka mengesahkan lampu berfungsi pada pagi itu dan kembali pada waktu malam untuk menentusahkan sama ada jalan terbabit diterangi dengan secukupnya.”
Apabila ditanya kekerapan penyelenggaraan dilakukan pada lampu jalan di bawah bidang kuasa DBKK, jurucakap itu berkata tiada jadual tetap untuk kerja ini.
“Kemudahan ini akan dibaiki apabila perlu.”


