Lampu jalan terbakar punca asap tebal di DUKE – Polis

14 Oct 2026 • 1:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lampu jalan terbakar punca asap tebal di DUKE – Polis

KUALA LUMPUR: Kepulan asap tebal yang tular berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), pagi tadi, disahkan berpunca daripada kebakaran lampu jalan di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam, berkata kejadian berlaku di jalan susur 0.5 dari arah Greenwood menuju ke susur Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, hasil pemeriksaan polis bersama pihak pengurusan Lebuhraya DUKE mendapati kebakaran lampu jalan itu menyebabkan kepulan asap tebal yang dilihat pengguna jalan raya.

“Asap itu berpunca daripada lampu jalan yang terbakar dan api berjaya dipadamkan.

“Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anuar Bakri berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang lelaki tempatan yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Lelaki berkenaan hanya menyedari asap tebal keluar dari kawasan longkang lebuh raya dan tidak mengetahui punca sebenar kejadian.

Menurutnya, tindakan susulan berhubung kejadian itu kini di bawah tanggungjawab pihak pengurusan Lebuhraya DUKE.

Terdahulu, rakaman video memaparkan kepulan asap tebal berhampiran lebuh raya berkenaan tular di media sosial sehingga menarik perhatian pengguna jalan raya.

The post Lampu jalan terbakar punca asap tebal di DUKE – Polis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved