Lan Berambeh Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 15 Oktober Ini

4 Oct 2022 • 2:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Oohh haa! Lan Berambeh kembali lagi pada tahun ini

Lan Berambeh Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 15 Oktober Ini. Buat anak Sarawak yang di tanah semenanjung ini pasti rindu untuk berkumpul sesama anak Sarawak, kan?

Lagi-lagi pelajar yang duduk di kampus, pasti anda rindu akan masakan Sarawak yang autentik seperti Laksa Sarawak, Mi Kolok dan macam-macam lagi!

image is not available
Sumber: Twitter @mysufrichannel

Diadakan di Malaysia Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, Lan Berambeh Anak Sarawak telah membuat kemunculan semula untuk memeriahkan di Kuala Lumpur pada tahun ini setelah ditunda dua tahun akibat pandemik Covid-19. Buat anda yang berada di sana, jom ikut serta bagi memeriahkan acara yang terbesar ini!

Program Lan Berambeh ini akan berlangsung pada 15 Oktober ini bertempatkan di tempat biasa – Malaysia Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Sukarelawan Sarawak (Sarawak Volunteers) dengan sokongan Kerajaan Negeri Sarawak dan kerjasama daripada Pejabat Perhubungan Sarawak, Kuala Lumpur.

image is not available
Lan Berambeh Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 15 Oktober Ini

Bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 8.00 malam

Program ini diadakan sebagai wadah perhimpunan untuk mengeratkan perpaduan anak Sarawak daripada pelbagai latarbelakang yang berada di Semenanjung Malaysia. Bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 8.00 malam.

Menariknya di Program Lan Berambeh ini sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, Sarawak Dialog menampilkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam sesi ‘Town Hall Bersama Premier Sarawak’ untuk berinteraksi bersama para hadirin.

image is not available
Sumber: Twitter @mysufrichannel

Dan juga tidak ketinggalan, diakhiri dengan acara kemuncak iaitu Majlis Makan Malam Anak Sarawak. Majlis telah dimeriahkan lagi dengan persembahan-persembahan daripada para penggiat seni anak Sarawak.

Jadi tunggu apa lagi? Jom ajak kawan-kawan dan saudara mara korang untuk berjumpa di sanaimage is not available

Maklumat lebih lanjut untuk jemputan IPT di sekitar Lembah Klang & luar Lembah Klang boleh hubungi:

  • Elena – 01125012013
  • Faiz – 01135169770

Ini pula adalah senarai konsert artis Indonesia yang bakal membuat persembahan di Malaysia. Baca pautan di bawah: