Lan Pet Pet Kembali Bersama Kumpulan Senario, Penuhi Permintaan Terakhir Arwah Hamdan

EntertainmentMusic
14 Aug 2024 • 10:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa yang tidak mengenali pelawak Mazlan Ahmad atau lebih mesra dikenali Lan Pet Pet. Beliau merupakan salah seorang anggota Senario, namun sudah tidak aktif bergiat dalam bidang lawak.

Walau bagaimanapun, impian peminat kumpulan Senario akhirnya tercapai apabila Lan Pet Pet memilih untuk kembali bersama Senario.

image is not available

Menerusi laporan mStar, Lan mengambil keputusan untuk kembali bersama Senario kerana ianya merupakan salah satu permintaan terakhir rakannya iaitu Allahyarham Hamdan.

Sebenarnya masa tu saya berada di Ipoh untuk jual produk saya kemudian Senario ada di Johor Bahru untuk showcase pada akhir tahun dan kemudian sahabat saya meninggal di Johor dan dikebumikan di Perak.

Nasib baik ketika itu saya berada di Ipoh, kemudian isteri arwah iaitu Lin beritahu Hamdan selalu tanya mengenai saya dan tanya kenapa tak sertai Senario semula.

Isteri dia menangis dekat saya dan cakap permintaan terakhir Hamdan adalah mahukan saya sertai semula Senario, walaupun jiwa saya dekat tempat lain tapi disebabkan persahabatan jadi saya terima.

Dikhabarkan, Lan bersama-sama dengan kumpulan Senariounion akan membuat persembahan sempena bulan kemerdekaan di Panggung Bangsawan Melaka pada 30 Ogos nanti.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved