Lana Nodin masuk hospital, dah 4 hari tak boleh bangun akibat bengkak usus

Entertainment
18 Apr 2024 • 9:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Lana Nodim masuk hospital dan dipercayai terkena jangkitan kuman pada bahagian usus dan menyebabkan ia bengkak.

Lana Nodin masuk hospital

Pemilik nama Mazlina Hasan Nordin, 46, berkata, dia mula mengalami simptom sakit perut sejak beberapa hari lalu sebelum dikejarkan ke sebuah pusat perubatan terletak di Ampang pada Khamis.

“Doktor sahkan saya ada jangkitan pada bahagian usus sehingga ia bengkak. Tidak tahu puncanya daripada mana. Mungkin salah makan,”maklum Lana Nodin dalam sebuah hantara di Instagram, sebentar tadi.

image is not available

Dah empat hari tak boleh bangun

Difahamkan, Lana Nodin masuk hospital selepas empat hari tidak boleh bangun dan kini belum boleh pulang ke rumah kerana bahagian ususnya masih bengkak.

Dalam keadaan yang masih lemah, ibu kepada dua cahaya mata itu juga memaklumkan dia kini mendapatkan rawatan dan antibiotik.

“Saya tak boleh bangun sudah tiga empat hari sebelum ini. Sekarang tak boleh balik selagi usus saya masih bengkak,”katanya.

image is not available

Masuk hospital, Lana Nodin mohon doa

Dalam pada itu, Lana turut memohon orang ramai agar mendoakan dia diberi kesembuhan dan dapat pulang ke rumah bersama keluarga.

Dikesempatan itu, dia juga berterima kasih atas keprihatinan orang ramai terhadap kesihatan dirinya selain memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua mesej yang dikirimkan.

“Kalau Lana tak sempat nak reply, maaf.. Lana masih berehat.
“Terima kasih atas doa-dia dari sahabat-sahabat, rakan artis, media dan peminat-peminat saya. InsyaAllah, doakan saya cepat-cepat sembuh. Amin,”tulisnya.

image is not available

Sumber: Instagram Lana Nodin

View Original Article