Lana Nodin nasihat Fazura ‘tutup mulut’, henti buka aib bapa anak sendiri

LocalEntertainment
8 Oct 2024 • 2:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon wanita, Lana Nodin nasihat Fazura supaya tutup mulut dan berhenti buka aib bapa kepada anaknya memandangkan mereka telah sah berpisah talak satu semalam.

Menerusi hantaran yang dibuat Lana di Insta Story, dia telah memberi respon susulan melihat video cuplikan semasa Fazura memberi kenyataan dalam sidang media di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

image is not available

Lana Nodin nasihat Fazura, minta tak buka aib Fattah

Dalam perkongsian tersebut, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin menyatakan jika aktres berkenaan sebaiknya tidak berbicara tentang aib bekas suami jika merasakan diri seorang yang matang.

Jika awak matang, lebih baik awak tutup mulut dari terus membuka aib bapa kepada anak awak sendiri. Esok budak tu dah besar tengok malu je,

“Kata nak berpisah secara baik, kenapa nak explain la nak buka aib la. Esok orang buka aib kau baru kau tau,” tulisnya.

image is not available

Lana Nodin nasihat Fazura, minta bersikap matang

Dalam pada itu, Lana Nodin nasihat Fazura supaya lebih bersikap matang dengan berdiam diri serta ‘move on’ daripada hal tersebut.

Ujarnya, Allah tahu sahaja dia berada dalam keadaan sedih, namun apabila dia bertindak mahu memberitahu kepada umum, ia seperti menjelaskan bahawa selebriti itu bukanlah mangsa.

“Just be mature keep quite and move on. Allah je tau kalau kau sedih tapi bila kau ambil keputusan untuk beritahu dunia, secara tak langsung kau bukanlah mangsa. Tolong jadi bijak la,” katanya.

Ramai sokong kenyataan Lana

Perkongsian tersebut telah mencuri perhatian ramai apabila ramai yang menyokong apa yang disuarakan Lana Nodin.

Mereka merasakan tindakan mendedahkan tentang isu rumah tangga kepada umum dilihat seakan mengeruhkan lagi keadaan walaupun penceraian tersebut diminta oleh pihak wanita sendiri.

image is not available

Betul tu, biar Allah saja yang tahu

image is not available

Tak perlu jaja semua dekat orang luar

image is not available

Terdahulu, sidang media melibatkan Fazura di mahkamah telah mencuri tumpuan susulan pendedahan yang dibuat berkenaan punca mengapa dia meminta cerai terhadap suami walaupun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, semua kenyataan yang dikeluarkan oleh Fazura dinafikan oleh Fattah Amin dan menyatakan bahawa tindakan bekas isterinya itu satu kesalahan kerana telah melanggar perjanjian yang telah dipersetujui.

Sumber: Instagram lananodinmckienzie