Lana Nodin Syukur Suami Mudah Terima Ajaran Islam, Tak Pernah Tinggal Solat Jumaat

LocalEntertainment
23 Sep 2024 • 11:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
lana nodin

Pelakon Lana Nodin bersyukur suaminya, David McKienzie, kini semakin mendalami agama Islam selepas sembilan tahun berkahwin. Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Norin, 42, berkata suaminya yang juga bekas pemain bola tampar Amerika Syarikat itu tidak pernah meninggalkan solat Jumaat.

Suami Lana Nodin kini lebih berdisiplin bila melibatkan solat…

image is not available

Dia sangat tepati waktu dan selalu kejutkan saya untuk solat Subuh, walaupun dia berada di luar negara. Dia juga tidak pernah gagal ke masjid untuk solat Jumaat. Setiap Ahad, kami jemput ustaz dan ustazah untuk ajar suami dan anak mengaji- Kata Lana.

Bimbing suami untuk jadi imam setiap kali waktu solat…

image is not available

Walaupun suami hanya pandai baca surah Al-Fatihah, saya tetap gembira. Cabaran paling besar untuk saya ialah bimbing dia sebab saya sendiri masih banyak perlu belajar.- Katanya.

Untuk makluman, Lana dan David atau nama Islamnya, Mohd. Daud, berkahwin pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua anak, Gia Quinn, 9, dan William Daud, 6.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Portal