‘Lancar kalah pemberita’, Hannah Yeoh tampil baca berita tunai impian sejak kecil

11 Jan 2023 • 5:09 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

‘Lancar kalah pemberita’, Hannah Yeoh tampil baca berita tunai impian sejak kecil

SETIAP manusia yang normal mempunyai cita-cita atau impian sejak kecil. Ada yang telah mencapai impian tersebut dan ada juga sebaliknya.

Tak mengapa, jika tidak dapat gapai impian kalian masa kecil, teruskanlah dengan kerjaya apa pun asalkan memberi manfaat buat diri sendiri, negara dan masyarakat.

Seperti yang terjadi kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ini yang berpeluang melunaskan cita-citanya sejak kecil iaitu menjadi pembaca berita.

Impiannya sejak bangku sekolah itu tercapai apabila diberi peluang berbuat demikian baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Hannah Yeoh meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang menjadi pembaca berita untuk satu program di salah sebuah stesen televisyen.

“Penampilan khas 13 saat sebagai penyampai berita (cita-cita dahulu) di Astro Arena selepas program khas di sana,” tulis Yeoh.

image is not available
Kredit foto: Instagram Hannah Yeoh

Video perkongsian itu telah meraih perhatian warganet.

Menjengah ruangan komen, warganet memuji Yeoh sangat lancar sebagai membaca berita dan ada juga antara mereka teringat dengan guru berbangsa Cina ketika di sekolah dahulu.

“Fuhhh bahasa dia, lancar kalah pembaca berita. Teruskan YB.”

“Teringat cikgu kelas saya dulu masa SJK(C), terbaik YB.”

“Wah terbaik YB. Ada bakat terpendam rupanya.”

“Nampaknya boleh tukar profession… orang hebat Hannah Yeoh.”

“Hahahaha tadi saya ingat betul-betul penyampai TV. Terbaik la YB!”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.