Lancar sambung ayat Surah Al-Mulk, Nora Danish akui tajwid masih tak sempurna

LocalEntertainment
1 Dec 2024 • 4:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Video pelakon cantik, Nora Danish akui tajwid masih tak sempurna walaupun lancar menyambung ayat Surah Al-Mulk selepas ‘diterjah’ pempengaruh Qawiy.

Dalam hantaran berkenaan, Nora dilihat tenang menyabung ayat yang dibaca Qawiy tanpa teragak-agak dan dilihat memang sudah hafal dengan surah berkenaan.

Instagram will load in the frontend.

Nora Danish akui tajwid masih tak sempurna, tapi bacaan cukup lancar

Perkongsian tersebut sudah tentu menjadi tumpuan ramai apabila masing-masing kagum dengan bacaan Nora dimana mampun menghafal ayat-ayat al-Quran yang agak panjang.

Dia yang dilihat mahu menyambung bacaan sempat diberhentikan oleh Qawiy yang berseloroh dengan memuji tahap hafazan pelakon itu.

image is not available

Nora Danish akui tajwid masih tak sempurna dan sedang belajar

Jelas Nora, dia masih lagi belajar hukum-hukum tajwid dan mengakui ia belum sepenuhnya sempurna kerana masih lagi sedang belajar.

Dia juga berkongsi serba sedikit tentang penghijrahannya dengan memaklumkan sering mengamalkan Doa Nabi Daud sebelum nekad mengenakan tudung.

image is not available

MasyaAllah! Teruskan belajar sis

Perkongsian berkenaan telah menuai pelbagai pujian daripada netizen di media sosial apabila kagum dengan penghijrahan pelakon itu menjadi lebih baik.

Mereka juga mendoakan supaya Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 42, terus istiqomah kerana gembira dengan penghijrahannya.

image is not available

Terbaik Nora! Semoga terus istiqomah

image is not available

Bergenang air mata lihatnya

image is not available

Terdahulu, penampilan Nora yang mengenakan hijab sewaktu menziarahi bekas suami di hospital telah mencuri tumpuan.

Pelakon itu mengakui bahawa kekerapan hadir ke majlis-majlis ilmu sebelum ini telah membuka hatinya untuk menutup aurat sepenuhnya sejak Julai lalu.

Sumber: Instagram qawiyaro