Langganan Claude Tidak Lagi Menyokong Penggunaan OpenClaw Bermula Hari Ini

TechnologyDigital
4 Apr 2026 • 8:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Anthropic mengubah dasar langganan Claude dengan ia tidak lagi menyokong penggunaan untuk aplikasi pihak ketiga seperti OpenClaw. Akses Claude menerusi OpenClaw telah disekat pada jam 3 pagi tadi waktu Malaysia dengan pengumuman dilakukan oleh Boris Cherny yang merupakan pencipta Claude Code menerusi akaun X beliau.

image is not available

Pengguna masih boleh mengakses Claude menerusi alat pihak ketiga dengan membeli pakej penggunaan tambahan yang kini ditawarkan dengan harga diskaun atau menggunakan kunci API Claude. Pelanggan sedia ada akan menerima satu kredit sekali beri (one-time credit) yang bersamaan dengan kos pelan bulanan mereka. Jika ia masih tidak mencukupi, pelanggan boleh memohon bayaran balik penuh melalui pautan yang akan dihantar ke e-mel.

Populariti OpenClaw, menyebabkan Claude mengalami peningkatan permintaan yang tinggi. Pelan langganan Claude sedia ada tidak direka untuk menyokong penggunaan alat pihak ketiga sepertinya. Anthropic kini mengutamakan pelanggan yang menggunakan produk dan API rasmi mereka demi kelangsungan operasi jangka panjang.

Sejak seminggu lalu Anthropic mula mengenakan pelbagai sekatan penggunaan Claude Code ketika waktu puncak. Ledakan penggunaan OpenClaw khususnya untuk menyokong sistem ejen AI serta sempoicara menyebabkan langkah drastik diambil hari ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved