Langganan Perkhidmatan Google Mencapai 350 Juta Pada Suku Pertama 2026 Didorong YouTube Premium Dan Google One

TechnologyBusiness & Finance
30 Apr 2026 • 4:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Alphabet baru sahaja membentangkan penyata kewangan untuk suku pertama 2026 mereka, dan salah satu butiran yang dilihat cukup menarik buat kami ialah peningkatan dari segi angka langganan yang kini dilaporkan berada pada angka 350 juta pada penghujung suku pertama 2026.

image is not available

Ini merupakan peningkatan sebanyak 25 juta langganan baru, yang menurut laporan kewangan tersebut, adalah didorong oleh langganan untuk perkhidmatan penstriman video YouTube Premium dan juga perkhidmatan storan awananan Google One.

image is not available

Menariknya, walaupun jumlah langganan YouTube Premium meningkat, pendapatan YouTube dari segi pengiklanan nampaknya tidak mencapai sasaran Wall Street, yang mahukan platform tersebut untuk menjana pendapatan $9.99 bilion pada suku pertama tersebut, tetapa angka terakhir dilihat sedikit tersasar pada jumlah $9.88 bilion.

image is not available

Jangkaan awal pihak Alphabet ialah penurunan pendapatan ini adalah berkadar songsang dengan peningkatan jumlah pengguna yang melanggan perkhidmatan YouTube Premium. Pada Suku keempat 2025, YouTube dilihat telah menjana sebanyak $11.4 bilion dalam pendapatan menerusi iklan.

Dalam pada itu, angka langganan untuk perkhidmatan kecerdasan buatan Gemini tidak dilaporkan pada kali ini, tetapi jika angka tersebut dilihat sama seperti suku lepas, Gemini dilihat mempunyai 750 juta langganan secara global, kebanyakannya adalah daripada pelanggan sektor enterprise, dan mereka yang melanggan storan awanan Google One dengan pelan AI Gemini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved