Langgar Lampu Merah! Pemandu Warga Thailand Direman, Wanita Maut Dirempuh

16 Jan 2026 • 3:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pemandu van warga Thailand direman empat hari susulan kemalangan maut yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Napoh, Jitra malam tadi.

Kes langgar lampu merah!

Mangsa, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikalnya dirempuh van jenis Toyota Hiace itu yang gagal berhenti ketika lampu isyarat merah.

image is not available

Foto: Media sosial

Polis Daerah Kubang Pasu dalam satu kenyataan di Facebook berkata, pemandu van direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati pemandu van telah gagal berhenti semasa lampu isyarat merah lalu melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah simpang kiri.
“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal seorang wanita berusia 22 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.
“Kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu van. Pemandu telah ditahan reman sehingga 19 Januari untuk siasatan lanjut, ujian saringan air kencing mendapati keputusan negatif dadah,” katanya hari ini.
image is not available

Foto: Media sosial

Sementara itu, Polis Daerah Kubang Pasu menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, khususnya lampu isyarat kerana kecuaian boleh meragut nyawa orang lain.

Artikel lain: Hari Pertama Persekolahan, Pelajar Tingkatan 3 Maut Dirempuh Kereta

Terdahulu, media melaporkan seorang pembantu kedai makan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah van dari Thailand yang didakwa melanggar lampu isyarat merah.

image is not available

Foto: Media sosial

Kejadian berlaku sekitar jam 10.15 malam itu mengorbankan mangsa dari Kampung Bukit Beruas, mukim Binjal yang disahkan meninggal dunia di akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian tubuh badan.

Sumber: Facebook Polis Daerah Kubang Pasu

The post Langgar Lampu Merah! Pemandu Warga Thailand Direman, Wanita Maut Dirempuh appeared first on Borak Daily.