Langgar Lampu Merah, Proton Saga Rempuh Motosikal Sempat Dirakam Netizen Di Batu 7

5 Sep 2022 • 1:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Langgar Lampu Merah, Proton Saga Rempuh Motosikal Sempat Dirakam Netizen Di Batu 7. Langgar lampu merah adalah kesalahan jalan raya yang sering dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Bukan setakat kesalahan jalan raya sahaja, bahkan ianya mampu meragut nyawa orang lain di atas jalan.

Sikap tidak hiraukan undang-undang jalan raya ini tidak sepatutnya diikuti. Telah tular satu rakaman dashcam milik netizen, sebuah Proton Saga lama telah merempuh sebuah motosikal dan juga beberapa buah kenderaan lain di lampu trafik Batu 7.

image is not available
Langgar Lampu Merah, Proton Saga Rempuh Motosikal Sempat Dirakam Netizen Di Batu 7. Sumber gambar: The Borneo Post

Sikap pentingkan diri sendiri telah mengakibatkan kemudaratan kepada orang lain

Kecuaian lelaki ini dan bertindak untuk melanggar lampu merah di Jalan Liu Shan Bang telah mengakibatkan kemalangan berlaku sehingga melibatkan 4 buah kenderaan, semalam. Pemandu tersebut turut membawa besi terpakai dan diikat di atas kenderaannya.

Setelah merempuh motosikal tersebut, pemandu kereta kemudian melanggar bahagian hadapan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) menyebabkan ia melanggar bahagian belakang kenderaan lain.

Lihat video penuh di bawah:

https://www.facebook.com/seehuadailynews/videos/1166768877238774/

Penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki

Menurut laporan media Utusan Borneo, rempuhan tersebut telah menyebabkan penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki dan pemandu yang tidak memiliki lesen memandu tersebut telah mengalami sakit di bahagian dada.

Manakala pemandu kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

image is not available
Sumber gambar: Utusan Borneo

Kemalangan sering berlaku di kawasan Kuching. Bagi anda yang memandu kenderaan, mohon berhati-hati dan ingatlah orang sekeliling anda. Baca lagi pautan di bawah: