Langgar peraturan harga, timbang sukat, lima kompaun dikeluarkan KPDN

1 Nov 2026 • 4:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Langgar peraturan harga, timbang sukat, lima kompaun dikeluarkan KPDN

SHAH ALAM, 1 NOV: Sebanyak lima kompaun dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor terhadap peniaga dalam pemeriksaan di sekitar Paya Jaras, Sungai Buloh, semalam.

KPDN Selangor menerusi Facebook memaklumkan pemeriksaan dijalankan susulan beberapa aduan orang awam yang diterima menerusi sistem aduan kementerian itu.

Menurutnya, operasi berkenaan bertujuan menyiasat aduan serta memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.

"Sepanjang pemeriksaan dilakukan, sebanyak lima tindakan kompaun serta-merta di tempat kejadian telah dilakukan atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan serta Akta Timbang dan Sukat 1972," menurut kenyataan KPDN Selangor.

Pemeriksaan itu melibatkan premis perniagaan di sekitar Paya Jaras bagi mengesan pelanggaran peraturan berkaitan kawalan harga serta timbang dan sukat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved