Langgar perlembagaan: UMNO sudah penuhi semua permintaan RoS

LocalPolitics
9 Feb 2023 • 1:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid - Foto Bernama

PUTRAJAYA - UMNO telah memenuhi semua permintaan dan maklumat yang diperlukan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung aduan parti itu yang didakwa melanggar Perlembagaan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin perjalanan Perhimpunan Agong UMNO (PAU 2022) baru-baru ini telah mengikut peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan.

"Saya yakin bahawa Setiausaha Agung (Datuk Seri Ahmad Maslan) telah memenuhi semua permintaan RoS dan memberi maklumat penuh yang diperlukan," katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini pada Khamis.