Langgar Suami Isteri Di ‘Highway’, Pemandu Navara Dipenjara 30 Hari

LocalPolitics
13 May 2025 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dihukum penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas tindakannya yang memandu secara melulu menyebabkan kecederaan kepada sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Plaza Tol Duta.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, K Darmaraju, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan, iaitu pada 11 Mei lalu.

image is not available

Sumber : Harian Metro 

Terdahulu, media melaporkan bahawa sepasang suami isteri parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah Nissan Navara dalam kejadian sekitar 2.30 petang.

Lelaki berusia 53 tahun mengalami tulang selangka retak dan luka di buku lali, manakala isterinya, 49, mengalami pendarahan di kepala, patah tulang rusuk, dan kecederaan serius di buku lali.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, siasatan awal mendapati motosikal jenis Benelli TRK 502 yang ditunggang mangsa berada di lorong kiri sebelum dilanggar oleh Nissan Navara dari arah kanan.

Pemandu Nissan Navara bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan telah membuat laporan polis pada hari sama sekitar jam 6.55 petang.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 1 day ago

Kenderaan FRU Terlibat Kemalangan, 8 Anggota Disahkan Meninggal Dunia