
Kota Kinabalu: Seorang warganegara China didenda RM500 atau dipenjara tiga bulan selepas didapati melanggar syarat pas lawatan sosial dengan terlibat dalam perniagaan di negeri ini.
Wang Zida mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain atas pertuduhan dihadapinya.
Dia didapati melanggar syarat dokumennya pukul 12.12 tengah hari pada 22 April tahun ini di premis 168 Duka Trading Sdn Bhd di Lorong Pokok Kayu Manis 2, Luyang.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pertuduhan menyatakan bahawa Wang terlibat dalam perniagaan syarikat 168 Duka Trading Sdn Bhd dan tindakan itu melanggar syarat dokumennya.
Wang dituduh di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Dia membayar denda itu tetapi turut diperintahkan agar dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, lima pendatang asing tanpa izin masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.
Mereka ialah Gafar Adil, Jipun Adil, Jolpin Aijan, Nazim Mahamud dan Analisa Abdul.
Kelima-lima mereka mengaku memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen dan ditangkap di kawasan Petagas, baru-baru ini.
Pegawai Pendakwa Baxter Junior Goh dari Jabatan Imigresen tampil untuk pendakwaan.
