Langgar Tiga Nyawa Terkorban, Pemandu Honda Jazz Tukar Pengakuan Kepada Bersalah

LocalPolitics
17 Dec 2025 • 4:26 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang memandu sebuah Honda Jazz sehingga mengorbankan tiga nyawa dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Senawang, Mac lalu, menukar pengakuannya kepada bersalah di Mahkamah Majistret hari ini.

Pemandu Honda Jazz mengaku bersalah

Menurut laporan Harian Metro, pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah ketika prosiding pengurusan kes dijalankan.

image is not available

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 25 Februari depan bagi pembentangan fakta kes serta penyediaan laporan sosial sebelum hukuman diputuskan terhadap tertuduh.

Artikel lain: “Saya Tak Akan Maafkan Pelaku Dan Keluarganya..” – Ibu Mangsa Dirempuh Honda Jazz

Terdahulu, pada 22 April lalu, remaja berkenaan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Peguam bela, Johan Radzi sebelum ini memaklumkan hasrat untuk mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), namun Timbalan Pendakwa Raya, P Rubini memaklumkan pada 19 November lalu bahawa permohonan itu ditolak.

image is not available

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga remaja iaitu Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, Muhammad Aswari Lotpi, 16, dan Aisar Azim Abdullah, 17.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku kira-kira jam 8.30 malam di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Senawang 1, Taman Matahari Heights pada 6 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun hingga maksimum 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

image is not available

Terdahulu, media melaporkan kenderaan Honda Jazz yang dipandu tertuduh didakwa gagal berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum meempuh dua buah motosikal yang datang dari arah kiri.

Akibat perlanggaran itu, Muhammad Aidil Ramdan dan Muhammad Aswari meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Aisar Azim menghembuskan nafas terkahir ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar paa 10 Mac lalu.

image is not available

Sumber: Harian Metro (Ahmad Hasbi)

The post Langgar Tiga Nyawa Terkorban, Pemandu Honda Jazz Tukar Pengakuan Kepada Bersalah appeared first on Borak Daily.